|
Masa Pendaftaran : 1.00pm Tarikh : 21-9-2008 Tempat Berkumpul : Dewan MPKJ Pertanyaan : 03-87376979 Krishnan Anjuran : Pejabat ADUN Kajang
Pejabat ADUN Kajang menganjurkan program “Kajang Heritage Treasure Hunt” berjalan kaki pada 21 September 2008 sempena Hari Kedamaian Sedunia (International Day of Peace).
Matlamat Acara “Treasure Hunt” ini ialah memupuk kesefahaman di antara berbilang kaum yang berlainan agama agar mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni.
Orang ramai dijemput untuk membentuk kumpulan untuk menyertai Treasure Hunt yang akan diadakan di Bandar Kajang, yang terletak di daerah Hulu Langat. Pertandingan “Treasure Hunt” ini akan memberi pengalaman yang istimewa dan unik kepada anda yang ingin berkenalan secara lebih terperinci dan mendalam mengenai kebudayaan berbilang dan mencari misteri yang terlantar di sebaliknya. Setiap kumpulan diperuntukkan masa 2 jam iaitu 2 hingga 4 petang untuk menyelasaikan semua klue yang telah disediakan, Jarak anggaran “Treasrue Hunt” kira-kira 3km ke 5km. Ahli dalam kumpulan tidak kurang daripada 3 orang dan tidak melebihi 4 orang.
Peraturan-peraturan ”Treasure Hunt” Peraturan-peraturan ditetapkan supaya pertandingan ini dijalankan secara adil dan kepada setiap peserta yang terlibat dengan penuh keriangan.
#1 - Setiap peserta diwajibkan untuk berjalan kaki Kereta, taksi, bus, bakisal dan sebarang kenderaan beroda tidak dibenarkan sama sekali.
#2 - Kumpulan peserta tidak dibenar dipisahkan semasa TH dijalani Semua peserta dalam satu kumpulan dikehendaki bersama-sama di tapak yang sama pada masa yang sama iaitu semua ahli kumpulan dapat kelihatan antara satu sama lain dalam lingkungan jarak antara dua puluh hingga empat puluh kaki. Sekiranya salah seorang dari ahli kumpulan anda dipisah atau dikehendaki meninggalkan kumpulan atas sebab kesihatan atau peribadi , mereka dibenarkan menyertai kumpulan anda pada masa kemudian, tetapi mereka tidak dibenarkan meneruskan pencarian semasa mereka terpisah daripada kumpulan.
#3 – Telefon bimbit tidak dibenarkan semasa TH Setiap peserta tidak dibenarkan berkomunikasi antara satu sama lain atau seseorang di lokasi yang lain melalui telefon bimbit dengan tujuan mendapat bantuan dalam sebarang bentuk kecuali anda telah terpisah daripada kumpulan secara tidak sengaja.
#4 – Anda tidak benar memberi jawapan secara teka atau mengisikan sesuatu tanpa melawat tapak yang telah ditetapkan Tujuannya ialah untuk menyelesaikan klue dan mencari token atau informasi, anda dikehendaki melawat tapak tertentu untuk menyelesaikan masalah bagi mendapatkan markah.
#5 - Anda tidak sepatutnya mengalihkan, merosakkan sebarang klue yang terdapat di sepanjang perjalanan TH.
#6 - Setiap peserta dikehendaki hadir semasa kertas jawapan dihantar Setiap ahli peserta dalam kumpulan anda dikehendaki hadir untuk mempamerkan keputusan pencarian bagi tujuan peruntukan markah dan penyampaian hadiah, ahli peserta yang didapati mengalami gangguan kesihatan dikecualikan.
"TH" = Treasure Hunt ________________________________________ Alat-alat dan pakaian yang sesuai bersesuaian: Payung , baju hujan sekiranya hujan, topi, tuala kecil, minuman, kasut ”jogging”, T-shirt berlengan, seluar panjang, ubat individu sekiranya perlu.
Hadiah & Sijil: 5 kumpulan yang mendapat markah tertinggi pada masa yang diperuntukan, akan menerima hadiah bernilai RM250 setiap kumpulan. Sijil penyertaan akan diberikan kepada setiap peserta.. ________________________________________ Keputusan: Risalah lokasi klue akan diedarkan pada penutup TH, pihak penganjur akan mennerangkan kesemua klue dan keputusan akan diumumkan. Penyelesaian klue akan dapat dilayari melalui website (www.mykajang.my) selepas TH, markah kumpulan juga akan dipaparkan secepat mungkin.
Muat Turun Borang Penyertaan |